Info Asas iTalk!

Free Image Hosting at allyoucanupload.com

Info ini khas untuk mereka yang pernah dengar perkataan 'italk' tetapi tidak berani atau tidak endah untuk mencubanya. Mungkin disebabkan malas mahu mencuba kerana kurang info akan italk ini. Oleh itu saya gembira untuk memberi anda info tentang italk.


Kelebihan:

Kadar panggilan 25sen seminit ke seluruh kawasan dan nombor telefon yang wujud di Malaysia.


Cara penggunaan:

- Miss call ke nombor 1800-87-3636 (bukan 3535).

- Nombor '03' yang tidak dikenali akan call anda. Sila angkat.

- Dial nombor destinasi diikuti dengan butang #. Baki kredit prepaid hp anda tidak akan terjejas langsung.


* Kelihatan seperti sedikit menyusahkan, tapi lama-kelamaan anda akan biasa jua, malah dapat melatih memori jangka pendek anda!


Pengaktifan kali pertama:

- Beli italk 10 di kedai atau di Mobile Money. Pastikan pin reload yang tercetak.

- Dail 1800-87-3535 (bukan 3636). Dengar arahan dengan patuh, sabar dan teliti. Matlamat panggilan adalah untuk pendaftaran dan pengesahan, bukan dail ke nombor destinasi. Panggilan akan dicaj. Biasanya panggilan tidak melebihi 5 minit.


Sekian, terima kasih.


P.s: Ahli mobile money yang membeli italk10 akan mendapat rebet sebanyak RM1.20






0 comments: